Tarikh: 31-3-2018 Masa: 8.30 Pagi - 2.00 Ptg Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Felda Gunung Bongsu Peserta: 500 Orang |
Tujuan
Karnival gempak PI1M ini diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan antara PI1M dengan masyarakat setempat. Selain itu, aktiviti ini diadakan bagi mempromosikan PI1M kepada masyarakat tentang peranan serta fungsi penubuhan PI1M.
Aktiviti
Pelbagai aktiviti diadakan seperti sukaneka, mewarna, Liga sepak penalti, Fun Game, pemeriksaan kesihatan, cabutan bertuah, khemah jualan usahawan PI1M, program selawat perdana dan sebagainya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 29-3-2018 Masa: 8.00 Pagi - 12.30 Tgahri Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Karangan Peserta: 70 Orang |
Tujuan
Program ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan kesedaran kepada masyarakat tentang penyakit kanser serta meningkatkan pengetahuan berkenaan tanda-tanda awal penyakit kanser. Selain itu, tindakan yang perlu diambil dalam mendapat rawatan-rawatan yang boleh diberikan dalam membuat saringan awal kanser. Melalui program ini juga dapat mempertingkatkan kemahiran care giver dalam memberi rawatan sokongan kepada pesakit kanser. Masyarakat pada hari ini kurang memberi perhatian dalam penjagaan kesihatan di mana kanser merupakan musuh no 1 manusia pada masa kini. Oleh itu, diharapkan melalui program ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan pengetahuan kita semua berkenaan penyakit kanser.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan seperti pemeriksaan kolestrol oleh LPPKN, pemeriksaan kesihatan oleh KOSPEN, nasihat dan kaunseling berkenaan kanser payudara dan serviks. Selain itu, aktiviti Dashboard komuniti juga turut diadakan dalam mempromosikan dashboard komuniti.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 21-3-2018 Masa: 11.00 Pagi - 1.00 Tgahri Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Karangan Peserta: 10 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini diadakan bagi mengisi masa lapang semasa cuti persekolahan. Selain itu, aktiviti ini diadakan sebagai tarikan supaya mereka datang ke PI1M. Melalui aktiviti ini, dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara mereka.
Aktiviti
Mereka dibahagikan kepada 5 kumpulan dimana setiap kumpulan 2 orang. Mereka diberikan sebuah gambar bunga yang perlu diwarnakan menggunakan serbuk pewarna. Gambar yang diwarnakan paling kreatif akan dikira sebagai pemenang. Petugas PI1M memberi tunjuk ajar serta bimbingan kepada mereka.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 26-3-2018 Masa: 3.30 Ptg - 5.00 Ptg Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Karangan Peserta: 15 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini diadakan bagi menguji minda serta tahap pemikiran mereka berfikir. Dalam quizizz terdapat pelbagai jenis bentuk soalan kuiz yang boleh dilakukan. Selain itu, aktiviti ini dapat mengisi masa lapang ahli-ahli PI1M serta menarik minat mereka untuk melakukan perkara yang berfaedah ketika berada di Pusat Internet.
Aktiviti
Mereka diberi soalan untuk dijawab. Konsep Quizizz siapa yang cepat menjawab dengan pantas dan betul dikira sebagai pemenang.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 20-3-2018 Masa: 11.00 Pagi - 1.00 Tgahri Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Karangan Peserta: 7 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk mengisi masa lapang adik-adik semasa cuti persekolahan. Selain itu, aktiviti ini dapat mengasah bakat serta meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang rekabentuk. Mereka diberi penerangan serta tunjuk ajar berkaitan cara-cara membuat poster dengan lebih kreatif. Malah, aktiviti ini dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan ICT.
Aktiviti
Adik-adik diajar membuat poster menggunakan poster iaitu www.postermywall.com dan Microsoft Publisher. Pengajar memberi satu tema yang perlu mereka ikuti. Poster dibuat berdasarkan tema yang diberi. Melalui poster online, mereka dikehendaki menukar segala design asal kepada yang baru tanpa mengubah poster asal. Selain itu, adik-adik menggunakan Microsoft Publisher dalam merangka sebuah poster yang lengksp. Tiga poster yang terbaik akan diberikan hadiah sebagai pemenang
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------